SENADA PUTRA 12 “SUARA PUTRAKU” : PELUANG KTDI DI MASA HADAPAN | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » SENADA PUTRA 12 “SUARA PUTRAKU” : PELUANG KTDI DI MASA HADAPAN

SENADA PUTRA 12 “SUARA PUTRAKU” : PELUANG KTDI DI MASA HADAPAN

OLEH: HUDA BINTI MOHAMAD NASHIR

SERDANG, 21 Mac – Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, (PKKSSAAS) Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Program Grand Finale Senada Putra 12 "Suara Putraku" yang berlangsung di Panggung Percubaan, PKKSSAAS UPM. 

Umumnya, program Senada Putra ini merupakan program berkala PKKSSAAS yang bertujuan untuk menyediakan medan manifestasi seni serta ruang kepada pelajar UPM khususnya bagi mencungkil bakat dan mempertingkatkan kemahiran insaniah di dalam bidang kebudayaan dan kesenian.

Peserta program Grand Finale Senada Putra "Suara Putraku" 2023 ini telah ditapis melalui ujibakat yang diadakan pada 6 Januari lalu bertempat  di Astaka Seni UPM dan Kolej Tun Dr Ismail telah menghantar 4 orang wakil bagi menyertai ujibakat yang diadakan tetapi hanya seorang sahaja yang terpilih untuk ke pentas akhir, iaitu Nur Batrisyia Humaira Bt Hilmi atau lebih dikenali sebagai Mayaa Myraa.    

Pemilihan bagi sesi ujibakat ini telah dinilai oleh Encik Husalshah Rizal Hussian (Pengarah PKKSSAAS), Encik Khairul Zainal Abidin (Penolong Pendaftar Kanan PKKSSAAS) dan Encik Adidi Tamin (Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar) dan sebanyak sebelas orang peserta dan salah seorang peserta merupakan wakil KTDI iaitu Mayaa Myraa telah berjaya dalam sesi ujibakat tersebut.

Sedikit perkongsian ringkas tentang Maya Myraa, beliau merupakan seorang pelajar jurusan Bacelor Sains Pembangunan Manusia dan Teknologi di UPM dan beliau mula menceburi bidang nyanyian sejak dari bangku sekolah lagi. 

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini pernah menyertai pertandingan nasyid dan telah mendapat Naib Johan untuk peringkat daerah dan minat beliau terhadap nyanyian ini telah membuahkan hasil apabila beliau telah menjadi wakil KTDI untuk Grand Finale Senada Putra 12 "Suara Putraku".

 

Persembahan Maya Myraa pada malam tersebut

 

Sebelas orang peserta bertanding dalam Grand Finale Senada Putra 12 "Suara Putraku" yang berlangsung pada 21 Mac lalu untuk merebut gelaran juara dan para finalis telah mengharungi dua pusingan iaitu "Battle Round" nyanyian lagu duet dan "Champion Round" yang mana hanya 6 peserta yang layak sahaja telah mara ke peringkat ini

Penganjuran Grand Finale Senada Putra 12 "Suara Putraku" ini melibatkan pelbagai lapisan komuniti kampus yang merangkumi staf pelaksana, felo kolej sebagai mentor, alumni UPM serta para pelajar yang terlibat di dalam persembahan itu sendiri dan program ini mempunyai 5 orang juri profesional untuk menilai persembahan pada malam tersebut dan Tomok merupakan salah seorang juri tersebut.

Sebelum Grand Finale Senada Putra 12 "Suara Putraku"  berlangsung, Maya Myraa telah menjalani latihan yang dipantau oleh tenaga pengajar profesional di Panggung Percubaan untuk memantapkan lagi nyanyian beliau sebelum pertandingan akhir berlangsung.

 

Sesi fotografi bersama Felo, Majlis Perwakilan Kolej dan penyokong kuat Maya Myraa

 

Pada pusingan “Battle Round”, Maya Mayraa telah mempersembahkan lagu duet bersama Alfyan Seydesi iaitu wakil KOSASS yang bertajuk Disana Cinta, Disini Rindu nyanyian Tajul dan Wany Hasrita dan persembahan Maya Myraa pada malam tersebut amat memukau mata para penonton oleh kerana prestasi penyanyi ini sangat tinggi berbanding sesi uji bakat yang lalu. 

Hal ini semestinya disebabkan oleh latihan intensif yang diterapkan sepanjang persiapan program ini berlangsung dan bukan itu sahaja, komen yang positif juga telah diberikan oleh para juri kepada Maya Myraa, menjadi bukti bakat beliau yang menyilau. 

Namun demikian, nasib dan rezeki tidak berpihak kepada wakil Kolej Tun Dr Ismail ini untuk merebut gelaran juara, kerana Maya Myraa telah tersingkir di “Battle Round” namun Maya Myraa juga diberi peluang untuk mempersembahkan lagu yang berjudul Sampai Bila nyanyian Misha Omar sebagai persembahan selingan sebelum program ini melabuhkan tirainya.

Akhir kata, Maya Myraa telah memberikan persembahan yang terbaik sepanjang program Senada Putra 12 “Suara Putra” berlangsung dan beliau telah membuatkan KTDI bangga dengan pencapaian yang telah diberikan serta beliau juga dapat memperbaiki kelemahan yang ada.

Date of Input: 20/04/2023 | Updated: 20/04/2023 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXEaUAU~