SMARTLEAD 2024 : MEMBENTUK SISWA MADANI
OLEH SWETHA SUPPAIYAH
SERDANG, 24 MEI 2024 - Para peserta Kursus Kepemimpinan SMARTLEAD sesi 2024 Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) dengan kerjasama dan bimbingan daripada Majlis Perwakilan Kolej (MPK) sesi 2023/2024 telah mengadakan Majlis Penutupan SMARTLEAD 2024 di Dewan Sri Harmoni KTDI yang dihadiri oleh Pengetua KTDI, Barisan Felo, Barisan MPK dan pelajar-pelajar bukan sahaja dari KTDI malah darI kolej-kolej yang lain juga.
Program Kursus Kepemimpinan Smartlead 2024 : Membentuk Siswa Madani yang telah berlangsung selama 5 hari bermula pada 5 sehingga 9 Mei 2024 dengan penyertaan seramai 76 orang peserta yang terdiri dari para pelajar KTDI ini dilaksanakan adalah untuk membentuk dan melatih barisan pemimpin generasi akan datang dengan membina kualiti dari segi mental dan fizikal dalam diri para peserta.
Majlis Perasmian Penutupan Kursus Kepemimpinan Smartlead 2023 ini diadakan adalah untuk meraikan kejayaan para peserta SMARTLEAD 2023 yang telah bertungkus-lumus melaksanakan setiap tugasan yang diberikan dan bersama-sama menjayakan program ini.

Sesi fotografi bersama Barisan MPK 23/24 dan peserta SMARTLEAD 2024
Majlis Penutupan Kursus Kepemimpinan SMARTLEAD sesi 2024 KTDI diakhiri dengan sesi fotografi para peserta bersama Pengetua KTDI, barisan Felo, Majlis Perwakilan Kolej dan tetamu-tetamu yang hadir pada malam tersebut.
Kepemimpinan sering kali melibatkan menghadapi tantangan dan menyelesaikan masalah. Kursus kepemimpinan ini dapat membantu siswa mengembangkan keterampilan analitis, kritis, dan kreatif dalam mengidentifikasi masalah, merumuskan solusi, dan mengimplementasikannya dengan efektif.

Persembahan pembukaan majlis iaitu Gimik yang dilakukan oleh peserta Smartlead 2024 : Membentuk Siswa Madani.
Date of Input: 18/06/2024 | Updated: 18/06/2024 | farizaidi

Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Putra Malaysia
Tel: 03 9769 1397