SMARTLEAD: PENCETUS JATI DIRI PESERTA | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » SMARTLEAD: PENCETUS JATI DIRI PESERTA

SMARTLEAD: PENCETUS JATI DIRI PESERTA

OLEH: YOHANA SARING 

 

SERDANG, 20 MAC 2023 - Para peserta Kursus Kepemimpinan SMARTLEAD sesi 2023 Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) dengan kerjasama dan bimbingan daripada Majlis Perwakilan Kolej KTDI (MPK) sesi 2022/2023 telah mengadakan Majlis Perasmian Penutupan bagi Kursus Kepemimpinan SMARTLEAD 2023 di Dewan Sri Harmoni KTDI yang dihadiri oleh Pengetua KTDI, Barisan Felo, Barisan MPK dan pelajar-pelajar bukan sahaja dari KTDI malah dari kolej-kolej UPM yang lain juga.  

Program Kursus Kepemimpinan Smartlead 2023 yang telah berlangsung selama 6 hari bermula pada 6 sehingga 11 Mac 2023 dengan penyertaan seramai 66 orang peserta yang terdiri dari para pelajar KTDI ini dilaksanakan adalah untuk membentuk dan melatih barisan pemimpin generasi akan datang dengan membina kualiti dari segi mental dan fizikal dalam diri para peserta.

 

Gimik perasmian Majlis Perasmian Penutupan Kursus Kepemimpinan Smartlead 2023 KTDI. 

 

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Kepemimpinan Smartlead 2023 ini diadakan adalah untuk meraikan kejayaan para peserta SMARTLEAD 2023 yang telah bertungkus-lumus melaksanakan setiap tugasan yang diberikan dan bersama-sama menjayakan program ini. 

Dalam ucapan Prof. Dr. Aminuddin Hassan sebagai perasmi untuk majlis penutupan tersebut, beliau menyatakan harapan bagi para peserta supaya dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap diri peserta secara langsung atau tidak langsung dengan matlamat bagi melahirkan modal insan yang syumul serta berilmu.

 

Sesi fotografi sebagai tirai penutup Majlis Perasmian Penutupan Kursus Kepemimpinan SMARTLEAD 2023 KTDI. 

 

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Kepemimpinan SMARTLEAD sesi 2023 KTDI diakhiri dengan sesi fotografi para peserta bersama Pengetua KTDI, barisan Felo, Majlis Perwakilan Kolej dan tetamu-tetamu yang hadir pada malam tersebut.

Seperti apa yang dinyatakan pada slogan SMARTLEAD 2023 iaitu “ CHANGE BEFORE YOU NEED TO BECAUSE THE FUTURE IS NOW”  jelas menerangkan tentang keputusan dan tanggungjawab pada diri seorang pemimpin serta menjadi seorang yang mengetahui jalan, melewati jalan tersebut, dan menunjukkan jalan tersebut kepada orang lain.

Date of Input: 21/04/2023 | Updated: 21/04/2023 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXFbRAK~