[TAHNIAH WARGA KOLEJ TUN DR ISMAIL] | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » [TAHNIAH WARGA KOLEJ TUN DR ISMAIL]

[TAHNIAH WARGA KOLEJ TUN DR ISMAIL]

Serdang 12 April 2021
 
Pada 29 Mac 2021 (Isnin) yang lalu, UPM dengan jayanya telah mengadakan sesi mengundi bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPP) 2021 diatas talian menggunakan aplikasi baharu UPM, Putra e Voting. Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah mengharumkan nama Universiti Putra Malaysia (UPM) dimana ini adalah kali pertama sesi mengundi bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPP) 2021 menggunakan aplikasi Putra e Voting. Setinggi penghargaan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua warga iDEC yang telah bertungkus-lumus membangunkan  Putra e Voting. Pelajar hanya perlu muat turun aplikasi dan boleh mengundi dimana sahaja meggunakan telefon pintar mereka.
 
Pertandingan Jom Turun Mengundi 2021 juga turut diadakan bagi menghargai usaha para pelajar yang turun mengundi calon MPP Sesi 2020/2021. Hadiah yang ditawarkan adalah berbentuk Geran Aktiviti untuk kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu Fakulti dan Kolej.
 
  • Tempat Pertama:

RM 5,000

  • Tempat Kedua:

RM 3,000

  • Tempat Ketiga:

RM 2,000

 

Justeru itu, Kolej Tun Dr Ismail mengucapkan Tahniah & Jutaan Terima Kasih kepada semua pelajar KTDI di atas kerjasama yang diberikan semasa Pilihanraya Kampus tempoh hari kerana Peratusan keluar mengundi pelajar KTDI yang sangat memberangsangkan seterusnya menjadikan peratusan keluar mengundi KTDI merupakan yang tertinggi diantara semua kolej iaitu sebanyak 98%

Peratusan ini seterusnya melayakkan KTDI memperoleh Geran Aktiviti sebanyak RM 5,000.00 dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM.

Terima Kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada mereka yang bertungkus lumus memastikan pelajar KTDI keluar mengundi. Moga KTDI terus juara dan cemerlang dalam semua aspek di masa akan datang.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 12/04/2021 | Updated: 16/04/2021 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXETTA2~