UPM SUPPORTS WORLD VOLUNTEERING DAY (USWVD): NATURE REMINDER | KOLEJ TUN DR. ISMAIL
» NEWS » UPM SUPPORTS WORLD VOLUNTEERING DAY (USWVD): NATURE REMINDER

UPM SUPPORTS WORLD VOLUNTEERING DAY (USWVD): NATURE REMINDER

Oleh: LOW TAN NI

 

SERDANG, 20 Januari - Sekretariat Kesukarelawanan dan Hubungan Luar, Kolej Tun Dr Ismail, UPM telah mengadakan projek UPM Supports World Volunteering Day (USWVD): Nature Reminder yang bermula daripada 5 Disember 2022 sehingga 20 Januari 2023 yang bertujuan utama untuk memberi kesedaran kepada para pelajar dan komuniti bahawa alam sekitar amat penting kepada persekitaran hidup manusia juga  untuk memberi pendedahan kepada masyarakat dan pelajar universiti tentang aktiviti kesukarelawanan yang melibatkan alam sekitar. 

Projek USWVD: Nature Reminder ini mempunyai tiga program dibawahnya iaitu World Volunteering Day, Man-growth X Mangroves dan Majlis Perasmian Penutupan USWVD: Nature Reminder yang diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang Hari Kesukarelawanan Dunia serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang isu alam sekitar dan cara menanganinya. 

Man-growth X Mangroves telah diadakan di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, Perak dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Perak agar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar mengenai cara menanam pokok bakau.

 

Majlis Perasmian Penutupan USWVD: Nature Reminder diadakan di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang.

 

Selain itu, Majlis Perasmian Penutupan USWVD: Nature Reminder ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Felo Kolej Tun Dr Ismail, UPM, iaitu Cik Nor Syazila Abdul Rahim dan sebagai tanda penghargaan di atas kerjasama dan usaha pihak Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Cik Nor Syazila Abdul Rahim juga telah menyampaikan cenderamata kepada pegawai Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang.

 

Cik Nor Syazila Abdul Rahim telah menyampaikan cenderamata kepada pegawai Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang.

 

Akhir kata, projek ini telah mendapat sambutan yang baik dan matlamat pelaksanaan projek ini telah dicapai. Segala cabaran dalam menganjurkan projek ini dapat ditangani dengan kerjasama semua ahli jawatankuasa program.

Date of Input: 21/04/2023 | Updated: 21/04/2023 | farizaidi

MEDIA SHARING

KOLEJ TUN DR. ISMAIL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 7371
-
SXETSAA~