MALAYSIA-THAILAND MOBILITY PROGRAMME : PERSAHABATAN TANPA SEMPADAN
Thailand, Oktober 2024 - Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Tun Dr Ismail, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia, Pusat Antarabangsa (i-PUTRA) Universiti Putra Malaysia dan Kasetsart University telah menganjurkan program mobiliti di Thailand iaitu Malaysia-Thailand Mobility Programme dengan singkatannya MaThai. MaThai telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya secara atas talian bermula 20 September sehingga 25 September dan secara fizikal bermula 26 September sehingga 3 Oktober 2024. Salah satu inisiatif mobiliti ini adalah untuk memperkukuhkan hubungan pelajar dari Malaysia dan komuniti di Thailand, memberikan pengalaman pendidikan dan kesukarelawanan serta mempromosikan pertukaran budaya antara dua negara jiran.