KURSUS KEPEMIMPINAN SMARTLEAD 2025 (SL’25): MEMBENTUK SISWA MADANI
Selangor, 27 Februari 2025 – Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) sesi 2024/2025 dengan kerjasama pihak pengurusan KTDI, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan Kursus Kepemimpinan SmartLead 2025 (SL’25): Membentuk Siswa Madani. Program ini berlangsung selama lima hari bermula 23 hingga 27 Februari 2025 bertempat di Kolej Tun Dr Ismail dan Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Selangor.